Kelantan Mampu Bangunkan Sukan Prestasi Tinggi

webmaster

KOTA BHARU– Majlis Penyampaian Intensif Sukan Skim Hadiah Kemenangan yang diadakan oleh Kelantan membuktikan bahawa negeri ini tidak meminggirkan aspek sukan dan pembangunan sukan, meski pun kerajaan yang 28 tahun di tadbir oleh kepimpinan ulama, melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat sewaktu berucap dalam majlis tersebut yang diadakan di Dewan Bunga Teratai Kota Darulnaim menyatakan bahawa ada pihak yang mendakwa bahawa jika royalti diberikan kepada Kelantan, ia tidak mampu diurus dengan telus oleh kerajaan negeri, sedangkan selama 28 tahun kerajaan yang mengamalkan falsafah dan budaya kerja UMI iaitu Ubudiyah, Masuliyyah dan Itqan.

Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan ketua-ketua Jabatan yang dijemput.

Seramai 103 atlit Kelantan menerima ganjaran wang tunai kerana kejayaan mereka menyumbang pingat dalam beberapa temasya sukan peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2017 dan 2018 yang lalu.

“Dengan falsafah kerja UMI ini pimpinan kerajaan Kelantan tiada rekod rasuah, tidak pernah didakwa rasuah dan dengan sumber kewangan terhad ini Kelantan berjaya memperkenalkan berpuluh skim kebajikan kepada rakyat seperti bantuan perkahwinan az ziwaaj, bantuan Kifaalah untuk warga emas, bantuan orang miskin, anak yatim, pelajar, OKU dan lain-lain lagi.

” Meskipun sekian lama Kelantan dinafikan hak royalti minyak oleh pusat terdahulu menafikan hak royalti Kelantan, kerajaan baru hari ini yang berjanji untuk menunaikan royalti juga sampai hari ini juga belum melaksanakan janji mereka, Kelantan mampu membangunkan sukan berprestasi tinggi di negeri ini,” ucap beliau.

Menyentuh tentang tentang program belia, Ustaz Wan Roslan menyatakan pada 14 hingga 16 Februari tahun depan kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Anak Muda Kelantan yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk penampilan ulama tersohor Indonesia masa kini, Ustaz Abdul Samad dan penampilan artis-artis dan pelakon dari negara ini.

Hari Anak Muda Kelantan ini juga akan turut memuatkan aktiviti pelbagai sukan, mini-mini pavilion, persembahan kebudayaan selain daripada juga upacara pembukaan gilang gemilang di Dewan Jubli Perak Kota Bharu. – UBES 19/12/2018

https://www.facebook.com/urusetiabeliasukan/posts/2055419614496523

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pusat Belia Kelantan jadi kenyataan

KOTA BHARU: Hasrat mewujudkan Pusat Belia Kelantan yang tertangguh beberapa tahun sebelum ini akan menjadi kenyataan pada 26 Disember ini. Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes), Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, perancangan Pusat Belia dibuat semasa era mantan Pengarah U-Bes, Abdul Aziz Yunus dan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. Katanya, selepas Pilihan […]

Subscribe US Now