Kelantan masih tunggu bayaran royalti

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih menunggu bayaran royalti seperti dijanjikan kerajaan pusat kata Menteri Besar.

MB Kelantan dan Terengganu temui Perdana Menteri.Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, jumlah bayaran itu yang akan diberi bergantung kepada kerajaan pusat.

Menurutnya kerajaan negeri hanya menuntut royalti mengikut perjanjian sebelum ini iaitu sebanyak lima peratus daripada jumlah pengeluaran.

“Kita sekadar ingat mengingati tentang bayaran royalti itu,” katanya sebagai merujuk pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam.

Hadir sama pada pertemuan itu Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pada Oktober lepas kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan royalti dibayar.

Beliau ketika ditemui selepas majlis solat hajat di bangunan baharu Kompleks Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 15/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9405-kelantan-masih-tunggu-bayaran-royalti

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan Kelantan menjunjung tahniah

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berharap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mewarisi sifat ‘berjiwa rakyat’ seperti ayahanda baginda. Katanya, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar terkenal sebagai seorang sultan berjiwa rakyat. “Ayahanda baginda juga prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Jadi kita berharap baginda juga sedemikian,” ujarnya […]
Ustaz Abdul Halim Derani mengimamkan solat hajat di bangunan baharu SUK.

Subscribe US Now