Kelantan Melebarkan Usaha Transformasi Bandar-Bandar Utama Kepada Digital City

KOTA BHARU – YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan baru sahaja merasmikan Majlis Pelancaran Kelantan Free Wifi yang berlangsung di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Majlis yang baru sahaja selesai itu melibatkan dua perjanjian :

1) Pertama, Perjanjian Usahasama antara Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) iaitu sebuah anak syarikat kumpulan PKINK dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)

2) Kedua, Memorandum of Intention to Collaborate (MoIC) antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan Telekom Malaysia.

Dua kerjasama ini adalah hasil gerak kerja Jawatankuasa Teknologi Hijau di bawah Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu Pelan Induk Pembangunan Mampan pada November 2018. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merancang pembangunan menyeluruh di Kelantan melibatkan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Melalui jawatankuasa ini telahpun merancang kewujudan Green City dan Digital City di empat bandar iaitu Kota Bharu, Tunjong, Tok Bali dan Lojing. Perjanjian yang termetrai hari ini akan memenuhi misi pelan tindakan strategik ”Kelantan Melangkah ke Hadapan 2016-2025 : Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan” di bawah tonggak yang kedua iaitu kemakmuran.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menggalas hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan Green City dan Digital City apabila bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi Memorandum Hasrat Untuk Bekerjasama (Memorandum of Intention To Collaborate) dalam bidang Pembangunan dan Pendigitalan di Negeri Kelantan. (Development And Digitalization Kelantan).

Antara kerjasama yang dipersetujui :

a. Untuk meningkat dan meluaskan kawasan liputan Kelantan Free wifi melalui rangkaian hotspot TM – wifi@unifi yang telah tersedia lebih 400 lokasi diseluruh negeri Kelantan – terutama di Jajahan Kota Bharu.

b. Untuk mengkaji kemungkinan penggunaan model ‘Digital Township’ yang dibangunkan oleh TM di beberapa kawasan perbandaran strategik – yang akan dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Kelantan dari semasa ke semasa.

Langkah awal kepada perjanjian kerjasama ini telah pun dilaksanakan, dimana TM telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan dengan memasang aplikasi ‘Smart Traffic Light’ di Lapan Belas (18) lokasi – hampir keseluruhan di Jajahan Kota Bharu.

Selain daripada mengadakan Memorandum Hasrat Untuk Bekerjasama, PKINK turut mengadakan Perjanjian Usahasama menerusi anak syarikatnya, Infra Quest sdn Bhd (IQSB) dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu –Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Pihak IQSB telah bersetuju untuk membangunkan 10 pole WIFI di lokasi berbeza secara percuma. Kesemua sepuluh(10) kawasan di sekitar bandar Kota Bharu berkapasiti 100Mbps bagi setiap “pole”.

Pembinaan ini memakan belanja lebih dari RM 225 ribu yang melibatkan kos pemasangan dan yuran bulan pertama. IQSB juga akan membelanjakan hampir RM 110 ribu setahun untuk membayar kos pengurusan dan penyelenggaraan WIFI tersebut.

Semoga kerjasama antara PKINK, IQSB (Anak syarikat PKINK), MPKB-BRI dan Telekom Malaysia yang berlangsung hari ini akan mampu dilebarkan ke seluruh daerah-daerah di Negeri Kelantan.– FB DAY 21/1/2019

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/956612261195558

(Visited 5 times, 2 visits today)

Add Comment