Kelantan miliki kelebihan transparansi, integriti

webmaster

KOTA BHARU: Biarpun Kelantan dianggap ketinggalan dalam bidang pembangunan berbanding negeri-negeri lain, namun mempunyai kelebihan aspek transparansi dan integriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, kejayaan dalam dua aspek tersebut membolehkan kerajaan Kelantan mendapat anugerah di peringkat persekutuan.

Katanya, kejayaan itu hasil dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi amalan tadbir urus sejak 1990 sehingga sekarang.

“Dasar yang diamalkan itu membolehkan kita melaksanakan tadbir urus dengan baik dan diiktiraf kerajaan persekutuan,” katanya di sini.

Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menerima markah 99 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Dr Izani juga berkata, kerajaan negeri pada penggal ini berusaha meningkatkan aspek kebersihan dengan melaksanakan pelbagai program termasuk kempen Kelantanku Bersih.

Kata beliau kempen itu diadakan di beberapa jajahan bermula Ramadan lepas dan mendapat sambutan penduduk tempatan.

Menurutnya juga program meningkatkan kebersihan menjadi lebih mudah apabila kerajaan baharu di Putrajaya memberi komitmen membayar royalti petroleum kepada Kelantan. – HARAKAHDAILY 3/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lebih 5,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK

KOTA BHARU– Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Perdana Resort di sini semalam meriah dengan kehadiran lebih 5,000 orang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara Kumpulan PKINK dan rakyat […]

Subscribe US Now