KELANTAN MOHON JADI TUAN RUMAH SUKMA 2024

webmaster
Ustaz Wan Roslan pada perasmian pembukaan Titans Sports Day 2019 anjuran Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membuat permohonan rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 pada 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, permohonan itu akan dibuat selepas dibincang pada mesyuarat Exco kerajaan negeri esok.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri telah menyatakan hasrat tersebut kepada kementerian berkenaan melalui Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Bagaimanapun permohonan secara rasmi akan dibuat selepas mesyuarat Exco esok setelah perkara berkenaan dibincangkan pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini.

Sejak Kelantan ditadbir PAS pada 1990 Kelantan belum pernah diberi peluang menjadi tuan rumah acara sukan prestij peringkat negara.

Wan Roslan yang juga Adun Kelaboran berkata, pada 12 Okober ini kerajaan negeri akan menganjur Bulan Sukan Negara peringkat negeri. – HARAKAHDAILY 24/9/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13249-kelantan-mohon-jadi-tuan-rumah-sukma-2024

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JEREBU: NELAYAN KELANTAN DIMINTA BERWASPADA DI LAUT

OLEH BERNAMA KOTA BHARU: Nelayan di Kelantan diminta berwaspada ketika menangkap ikan di laut berikutan situasi jerebu yang mengurangkan jarak penglihatan. Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata ia penting bagi memastikan keselamatan golongan nelayan dari terlibat dalam sebarang perlanggaran bot ketika turun mencari rezeki ekoran penglihatan yang kurang jelas. […]

Subscribe US Now