Kelantan naik taraf infra ICT

webmaster

KELANTAN ICT Gateway Sdn Bhd mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Celcom Axiata Berhad bagi menaik taraf infrastruktur komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) di Kelantan.

Pengarah Kelantan ICT Gateway, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, penekanan diberikan dalam industri ICT bagi meningkatkan capaian yang lebih baik.

“Perjanjian persefahaman ini memberi tumpuan kepada bagaimana kita hendak menunjukkan keberkesaan dalam pengurusan,” katanya pada sidang media selepas menandatangani MoU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kota Bharu, hari ini.

Pada perjanjian itu Dr Wan Zawawi mewakili Kelantan ICT Gateway dan Ketua Sektor Awam dan GLC, Mohd Hafizi Mohd Padely bagi pihak Celcom Axiata Berhad.

Ia disaksikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Jabatan Hubungan Sektor Awam Celcom Axiata Berhad Areehan Abdullah. – HARAKAHDAILY 9/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

‘Eau Choice’ disedut 400 kaki dalam batu hampar

EAU CHOICE biarpun agak payah hendak disebut, namun orang ramai mengenali jenama itu. Sebelum ini boleh ditemui di lobi hospital dan masjid-masjid di Kelantan. Namun tidak ramai mengetahui jenama air mineral semulajadi tersebut dikeluarkan kilang milik anak syarikat kerajaan Kelantan. Airnya berkualiti setanding air mineral yang dikeluarkan syarikat ternama di […]

Subscribe US Now