Kelantan pantau pembangunan tanah di Lojing

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sentiasa memantau pembangunan tanah bagi aktiviti pertanian di Tanah Tinggi Lojing.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, secara umum aktiviti pertanian di Lojing mengikut piawaian alam sekitar ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya mungkin ada syarikat tertentu yang tidak mengikut syarat ditetapkan.

“Keadaan itu menyumbang hakisan ketika hujan lebat khususnya di musim banjir.

“Oleh itu Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang serta Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing akan memantau lebih kerap lagi pembangunan di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Laporan Ketua Audit Negara 2014 siri 3 menyebut aktiviti pertanian di kawasan ketinggian lebih 1,000 meter dari aras laut di Lojing menyumbang kejadian hakisan dan tanah runtuh.

Laporan itu juga menyebut lima syarikat yang diberi pajakan menjalankan aktiviti pertanian di kawasan itu dilakukan tanpa kebenaran merancang, berlaku pencerobohan rizab sungai dan kawasan hutan.

Md Anizam juga berkata berdasar kepada perkembangan semasa sekarang pembangunan pertanian di Lojing semakin bertambah baik. –HARAKAHDAILY 25/11/2015

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment