Kelantan pelopori Daurah al-Quran sempena Ramadan

webmaster

KELANTAN merupakan negeri pertama yang memperkenalkan pengajian Daurah al-Quran sempena Ramadan yang bermula 1 Ramadan lalu.

Program sulung itu diadakan sehingga hari terakhir Ramadan tahun ini.

Daurah itu dikendalikan ulama yang pakar dalam pengajian al-Quran antaranya Ustaz Mohamad Mustapha, Datuk Dr Basit Abdul Rahman, Dr Ahmad Najib Abdullah, Ustaz Saibon Ismail, Ustaz Mohd Nasir Muhammad dan Dr Mohd Azhar Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peserta yang hadir membaca al-Quran beramai-ramai dan diterjemah secara terperinci.

“Walaupun program ini pertama kali diadakan, namun mendapat sambutan menggalakkan orang ramai. Kadang-kadang kehadiran melebihi 200 orang,” katanya di Kota Bharu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kunjungan orang ramai di Madinah Ramadan tahun ini lebih hebat memandangkan kebetulan musim cuti persekolahan.

“Kerana itu kehadiran jemaah bermula malam pertama sehingga hari ini begitu membanggakan sekali,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan sedia bantu pusat pulih penagih

KERAJAAN negeri sedia membantu kerajaan pusat menangani gejala penagihan dadah melalui program pemulihan secara Islam di Baitul Taubah, Pasir Puteh. Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata kerjasama itu sebahagian daripada tiga perkara yang dibincang bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Begitu juga katanya […]

Subscribe US Now