Kelantan penyumbang hasil pertanian negara

webmaster

KELANTAN akan menggerakkan seluruh sektor pertanian secara lebih agresif dalam usaha untuk muncul sebagai penyumbang terbesar hasil pertanian di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, setakat ini sektor pertanian hanya mampu menyumbang 25.1 peratus KDNK negeri.

Katanya, ia disumbang melalui sub-sektor perladangan dan komoditi melalui kelapa sawit, hasil hutan, getah, perikanan dan ternakan.“Bagi menjayakan hasrat itu, kesedaran rakyat berkaitan pertanian untuk meningkatkan hasil akan dipertingkatkan.

“Kelantan tetap bercita-cita untuk menjadikan pengeluar terbesar makanan di Malaysia,” katanya pada perasmian penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan Ekspo Hijau 2017 di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV petang semalam.

Perasmian penutup disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama anggota-anggota Exco, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nik Kazim Nik Yusof, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Shahidan Abdul Aziz dan wakil-wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 6/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pemangku Raja turut bersih bandar Kota Bharu

PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut mencemar duli mengutip sampah pada program Come Clean for Kelantan di bandar Kota Bharu semalam. Baginda juga turut mencuci kaki lima di Hotel Habib, mengecat pagar bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta membersihkan pokok […]

Subscribe US Now