Kelantan perkasa integriti pegawai

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan memperkasakan integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan bagi memantapkan lagi pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad berkata, bagi melaksanakan agenda tersebut kerajaan negeri melantik bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Dato’ Moh Samsudin Yusoff sebagai Pegawai Pemantau dan Pelaksana Integriti.

Katanya pelantikan itu bermula Februari bagi membantu kerajaan negeri merangka program melibatkan integriti dan pencegahan rasuah.

“Saya berharap semua kakitangan serta pegawai memberi sokongan dan bantuan terhadap usaha itu supaya integriti dipupuk dan rasuah dapat dibendung,” katanya ketika merasmikan majlis ikrar integriti dan bebas rasuah peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Dewan Teratai Kota Darulnaim semalam. – HARAKAHDAILY 18/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10259-kelantan-perkasa-integriti-pegawai

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sultan Kelantan rasmi persidangan Dun

KOTA BHARU: Pembukaan persidangan penggal kedua sidang Dun Kelantan ke-14 hari ini disempurnakan Sultan Muhammad V di Kompleks Kota Darulnaim. Ketibaan baginda kira-kira jam 11.15 pagi disambut Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Yakub dan timbalannya Dato’ Abdul Fattah Mahmood. Turut sama menyambut keberangkatan baginda Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, timbalannya […]

Subscribe US Now