KELANTAN PERKASA PUSAT PENGAJIAN PONDOK

webmaster
Pelajar cemerlang Kias menerima anugerah daripada Menteri Besar.

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Institusi pengajian pondok di Kelantan bermula di Pulai Chondong pada 1820-an. Pondok itu dirintis Haji Abdul Samad (Tok Pulai Chondong).

Sejak tempoh itu pusat pengajian pondok semakin berkembang di Kelantan, di mana ketika era kegemilangannya terdapat kira-kira 100 institusi pondok.

Bagaimanapun selepas kedatangan penjajahan bilangan pusat pengajian pondok susut di Kelantan, lebih-lebih lagi selepas sekolah agama mulai diperkenalkan.

Bagaimanapun selepas PAS mentadbir Kelantan pada akhir 1990, institusi pengajian pondok mulai diperkasakan kembali.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pusat pengajian pondok di negeri itu semakin berkembang di mana sekarang terdapat 40.

“Kelantan diberi gelaran Serambi Mekah dan Bumi Tadahan Wahyu hampir ratusan tahun dahulu. Institusi pondok lambang kemasyhuran Islam yang menyinari masyarakat Kelantan,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama sempena Istiadat Konvokesyen Kolej Sultan Ismail Petra (Kias) ke-21 di Balai Islam, Lundang semalam.

Pada majlis itu seramai 210 graduan menerima diploma. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Ketua Eksekutif Kias, Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin.– HARAKAHDAILY 26/8/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12699-kelantan-perkasa-pusat-pengajian-pondok

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KERAJAAN KELANTAN SERIUS LAKSANA SUKAN PATUH SYARIAH

OLEH YB HAJI WAN ROSLAN BIN WAN HAMAT SEBAGAIMANA yang disebutkan sebelum ini, Kerajaan Negeri serius dalam pelaksanaan acara sukan yang patuh syariah dalam setiap pertandingan yang disertai. Kerajaan Negeri tidak pernah membuka gelanggang pertarungan kepada petinju wanita untuk pertunjukan dan aktiviti yang berasaskan keuntungan dalam sukan muay sebagaimana kenyataan […]

Subscribe US Now