KELANTAN PERKASAKAN KEMPEN KESEDARAN VAKSIN

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU : Kerajaan Negeri akan melaksanakan gerakan bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai peri penting pendaftaran di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin berkata, langkah itu bakal dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, faktor yang menjadikan Kelantan antara negeri yang berada pada kedudukan nombor dua terendah ialah keprihatinan rakyat terhadap agenda kerajaan hari ini.

“Saya rasa antara faktor ialah kesedaran, kemudian persepsi seperti ‘hero tidak gaduh’, jadi kita akan buat satu gerakan pendaftaran melalui banyak agensi dan NGO bagi usaha ini.

Mereka (agensi dan NGO) ini boleh tampil, kita sediakan borang tertentu untuk kita turun bersama-sama ke lapangan untuk lebih dekati rakyat dan mendaftarkan mereka di bawah program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Kelantan yang diadakan di Kompleks Kota Darulnaim di sini pagi tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang berkata, jika kesedaran rakyat untuk menerima imunisasi meningkat sehingga 70 peratus, penularan wabak itu dapat dicegah.

Tambahnya lagi, kerajaan tidak memaksa rakyat untuk menerima suntikan vaksin, sebaliknya menggalakkan rakyat agar mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sehingga kini lebih 200,000 daripada jumlah 1.9 juta penduduk Kelantan sudah membuat pendaftaran sama ada melalui aplikasi MySejahtera ataupun hadir ke Klinik Kesihatan berdekatan.

“Apabila rakyat diberi imunisasi sehingga 70 peratus, maka kita akan dapat kawal penularan dalam kelompok, akan berjaya tangani, kalau 70 peratus sudah dapat, 30 peratus lagi akan selamat.

Yang tidak dipaksa ialah suntikan vaksin tetapi kita galakkan rakyat untuk buat pendaftaran bagi mendapat bilangan setuju dan tidak setuju untuk mendapat vaksin,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan jumlah pendaftaran rakyat Kelantan di aplikasi MySejahtera adalah sekitar 14.4. peratus atau 177,125 sehingga 24 Mac lalu.- UPKN KELANTAN 29/3/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PENDUDUK RKT CHALIL TERIMA BEKALAN AIR TERAWAT

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU – Kerja-kerja pembinaan sistem bekalan air di Perkampungan RKT Chalil, Gua Musang telah pun siap dengan jayanya. Projek yang bermula pada Mac 2017, dengan kos projek bernilai RM 4.8 juta telah dibangunkan oleh Pakatan Acutera Sdn Bhd sebagai kontraktor utama, dan projek ini berjaya […]

Subscribe US Now