Kelantan perluas program bandar selamat

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan bercadang memperluaskan lagi program ‘bandar selamat’ dalam usaha membanteras aktiviti jenayah serta gejala sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, sehingga sekarang tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan usaha tersebut.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Majlis Daerah Tumpat dan Majlis Daerah Tanah Merah sudah melaksanakan program berkenaan.

“Baru-baru ini kita ada bertemu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyatakan hasrat untuk memperluaskan program bandar selamat kepada PBT lain.

“Kita akan melihat kawasan panas (hot-spot) atau laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpasti lokasi-lokasi yang kerap berlaku jenayah,” katanya pada persidangan Dun di sini semalam. – HARAKAHDAILY 21/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10314-kelantan-perluas-program-bandar-selamat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

HIV: Kenyataan DAP bermesej politik

KOTA BHARU: Sebelum ini seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) mencadang diperkenalkan tanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan. Naib Presiden parti itu Senator Dato’ Husam Musa dilapor berkata, tanaman ganja secara terkawal bakal diperkenal di Kanada, Jerman dan beberapa negeri di Amerika. Dan semalam pula Adun Pakatan Harapan Harapan (PH) Jeram, […]

Subscribe US Now