Kelantan positif wujudkan undang-undang sebar berita palsu

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik cadangan kerajaan persekutuan untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengawal penularan berita-berita palsu melibatkan masyarakat masa kini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah tersebut sangat penting bagi memastikan ketulenan berita yang disampaikan, termasuk untuk mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan persepsi negatif.

β€œKita setuju sebab ada juga berita mengenai Kelantan diselewengkan.

“Sebab itu kita selalu pesan kepada wartawan untuk menulis dengan betul. Sebab kena ingat, kita bertanggungjawab dengan apa yang kita siarkan,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri disini.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke negeri ini baru-baru ini.

Najib antara lain turut memberitahu, langkah tersebut amat penting untuk mengelakkan ancaman kestabilan politik dan ketenteraman awam.

-sinar harian

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment