Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan

webmaster

SEJAK projek ladang hutan dilaksanakan di Kelantan, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM939 juta, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, projek ladang hutan itu dimulakan pada 2006 sehingga 2013.

Bagaimanapun katanya, selepas itu projek tersebut dibekukan bagi memberi peluang kelulusan yang diberi sebelum ini dilaksanakan sepenuhnya.

“Projek ladang hutan itu ditanam getah klon balak,” katanya pada persidangan Dun Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Sebelum itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga sekarang tujuh pegawai kerajaan negeri yang melanjut pelajaran berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).

Menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumbuh) katanya, kerajaan negeri memberi peluang melanjutkan pelajaran peringkat pasca siswazah dengan pelepasan cuti bergaji penuh.

“Selepas mereka menamatkan pengajian ada peningkatan kerjaya masing-masing berdasar kepada kepakaran dalam bidang tertentu.

“Maklumat kerajaan dalam sesuatu bidang semakin luas berdasar kajian yang mereka lakukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sebat boleh dilakukan di tempat terbuka

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2017 bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah. RUU tersebut dibentang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassurudin Daud, kemudian disokong anggota Exco, Mumtaz Mohd Nawi. RUU tersebut dibahas ketua pembangkang, Datuk Nozula […]

Subscribe US Now