Kelantan rai anak perantau 2 Syawal

webmaster

KOTA BHARU: Sebagaimana lazimnya kerajaan negeri akan meraikan anak-anak perantau yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ustaz Mohd Nassurudin Daud bersama petugas media.

Tahun ini program serupa akan diadakan pada 2 Syawal ini dijangka dihadiri kira-kira 2,000 anak Kelantan di perantauan.

Program berkenaan akan di adakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang bermula jam 8 malam, dimulakan solat Isyak berjemaah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, program itu akan dihadiri Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.

“Program itu berbentuk santai dan keraian. Sekiranya ada kesempatan sebarang masalah boleh diajukan secara personal kepada pimpinan kerajaan,” katanya pada sidang media sempena iftar anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) bersama media di sini malam tadi.

Hadir sama Pengarah UPKN Azmi Mohd Nor dan timbalan pengarah Nazman Che Iberahim. – HARAKAHDAILY 29/5/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Masjid di Kelantan tiada lambang parti

KOTA BHARU: Sehingga sekarang tidak berlaku ada lambang parti politik dibawa masuk ke masjid di Kelantan, kata anggota Exco Dato’ Mohd Nassuruddin Daud. Malah katanya PAS tidak menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik, biarpun menguasai kerajaan negeri. “Apa yang berlaku kita gunakan masjid untuk ceramah berkaitan Islam. Lambang-lambang parti dan politik di […]

Subscribe US Now