Kelantan rangka budaya pengurusan ihtirafi

KOTA BHARU: Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) sedang merangka agenda bagi melaksanakan budaya pengurusan ihtirafi (profesional) dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dr Johari Mat menyampaikan takzirah Ramadan di Dewan Zulkifli Muhammad.

Pengarahnya Dato’ Dr Johari Mat berkata, usaha itu dilakukan untuk memantapkan lagi jentera pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu disebut pertama kali Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2019 Januari lepas.

“Kita sedang merangka untuk mengolah ucapan tersebut dalam beberapa bentuk seperti program dan modul.

“Kita juga mencari kaeadah bagaimana hendak turunkan kepada pegawai, kakitangan dan rakyat mengenai pengurusan ihtirafi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah Ramadan di Dewan Zulkifli Muhamad Pejabat Perhubungan PAS Kelantan hari ini. – HARAKAHDAILY 9/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10997-kelantan-rangka-budaya-pengurusan-ihtirafi

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment