Kelantan rekod 73 panggilan kebakaran

TUMPAT – Sebanyak 73 panggilan kebakaran hutan, kebun, lalang dan sampah direkodkan antara Januari hingga Februari tahun ini.

27/2/2019 YS Pgrh @bombaJBPM #Kelantan @NaziliMahmood bersama pegawai jabatan dalam Mjls Perhimpunan Bulan di Balai Bomba #Ketereh serta menyampaikan sijil balai ceria, hadiah pertandingan sepak takraw dan ping-pongPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nazili Mahmood berkata, kebakaran tanah gambut di Bachok dan tempat pelupusan sampah di Pasir Mas adalah kes terbaru yang direkodkan.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kebakaran itu berikutan faktor musim kemarau yang melanda negeri ini.

“Kebakaran tanah gambut di Bachok mengambil masa seminggu untuk dipadamkan. Ia kes terbesar setakat ini apabila melibatkan kawasan seluas 29 hektar.

“Semalam dilaporkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pasir Mas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, semalam.

Kebakaran belukar atau lalang antara kes tertinggi direkodkan melibatkan 46 kes diikuti kes pembakaran sampah sebanyak 14 kes.

Manakala kebakaran hutan sebanyak 12 kes dan satu kes kebakaran kebun atau ladang.

Nazili berkata, faktor kemarau menyebabkan peningkatan kes kebakaran, selain sikap manusia yang sengaja membakar sampah dan meninggalkan api menyebabkan ia merebak ke kawasan lain.– SINAR HARIAN 2/3/2019

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/15397/EDISI/Kelantan/Kelantan-rekod-73-panggilan-kebakaran

Kredit photo: https://twitter.com/bombakelantan/status/1100682340194373632

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment