SEHARI telah berlalu berita Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob menganugerahkan sebuah *Rumah Banglo* bernilai hampir setengah juta ringgit *(RM423,000.00)* kepada Johan Qari Antarabangsa kali ke-60 (2018), Ustaz Haji Abdullah Fahmi Che Nor.
Hadiah yang diberikan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Kelantan semalam memberi satu petanda bahawa generasi yang cintakan Al Quran akan sentiasa dinobatkan sebagai tokoh dan ikutan yang terbaik semua rakyat negeri ini.
Ya, Ustaz Abdullah Fahmi telah harumkan nama Kelantan ke persada dunia. Beliau layak menerimanya.
*Mana Suara Puak PH?*
Agak hambar kiranya cerita Ustaz Abdullah bagi pembenci Kerajaan Negeri. Tidak pula kedengaran mereka membuat hantaran di Facebook atau tularan di Whatsapp mengatakan *”membazir sahaja Kelantan bagi banglo 423K pada Qari”* atau *”ulamak Kelantan dah perabis pitis rakyat pulakk dah, duk beri rumah free setengah juta pada qari”* dan lain lain konotasi negatif.
*Tiada dan tak ada*. Cuba juga mencari cari di banyak laman web dan FB, namun tidak kelihatan kata kata kebencian seperti “Mercedes Gate” beberapa hari lepas.
*PAS Terus Cemerlang*
Legasi kecemerlangan Tok Guru diteruskan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob. Bermula 2013 sehingga kini, Kelantan terus melangkah ke hadapan. Gagasan dan pelan baik diperturunkan kepada rakyat demi melihat Dasar Membangun Bersama Islam dirasai dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Tahun 2020 pula masyhur dengan Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan yang sedang rancak berjalan. Ia satu permulaan yang gemilang untuk rakyat negeri ini bagi awal tahun yang baharu. Sentuhan demi sentuhan daripada kebijaksanaan YAB Dato’ Menteri Besar semakin dirasai oleh rakyat.
Kita telah amanahkan negeri ini kepada PAS untuk mentadbirnya. Majoriti besar pengundi memilih PAS di semua DUN untuk melihat ekonomi Kelantan terus dipacu dengan baik. Pembangunan seimbang antara dunia dan akhirat. Dan bagi menjayakan semua agenda rakyat ini, ribuan tugasan, pertemuan, mesyuarat, aktiviti dan sebagainya wajib dilakukan oleh seorang pemimpin yang seakan akan tidak kenal erti penat dan lelah.
Sebutir “kuda besi dari Jerman” demi tugasan rasmi kerajaan, untuk rakyat, tidaklah menjadi satu persoalan besar kerana untuk urusan peribadi, basikal tua buatan Jepun lebih selesa dikayuh pagi dan petang.
Inilah manisnya sebuah perjuangan. Semakin dihina dan diherdik, semakin manis dirasai jalan dakwah. Biarlah pembenci Kelantan berterusan menyerang, dalam kesedihan mereka di Kimanis.
*Nazman Che Iberahim*
Sumber: https://www.facebook.com/nazman.cheiberahim.9/posts/1531804380310033