Kelantan sambut 27 tahun MBI

HARI ini bermula sambutan 27 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) selepas PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih Kelantan pada Oktober 1990.

Hari ini juga ahli-ahli dan penyokong PAS digalak berpuasa sebagai tanda kesyukuran genap 27 tahun kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran ulama.

Mereka akan berbuka puasa (iftar) di Putik, Pengkalan Chepa petang ini.

Manakala pagi esok akan diadakan Munajat Perdana jam 4.00 pagi juga bertempat  di Putik, Pengkalan Chepa.

Penolong Setiausaha Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Muhamad berkata, kuliah khas pula akan diadakan di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati pagi esok.

Ia akan disampaikan pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

“Selain itu ceramah umum serentak akan diadakan di 14 kawasan di seluruh Kelantan pada malam 21 Oktober,” katanya di Kota Bharu.

Pada pagi Ahad pula Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dijangka menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Kota Darulnaim. – HARAKAHDAILY 19/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook189Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment