Kelantan sambut 27 tahun MBI

webmaster

HARI ini bermula sambutan 27 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) selepas PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih Kelantan pada Oktober 1990.

Hari ini juga ahli-ahli dan penyokong PAS digalak berpuasa sebagai tanda kesyukuran genap 27 tahun kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran ulama.

Mereka akan berbuka puasa (iftar) di Putik, Pengkalan Chepa petang ini.

Manakala pagi esok akan diadakan Munajat Perdana jam 4.00 pagi juga bertempat  di Putik, Pengkalan Chepa.

Penolong Setiausaha Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Muhamad berkata, kuliah khas pula akan diadakan di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati pagi esok.

Ia akan disampaikan pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

“Selain itu ceramah umum serentak akan diadakan di 14 kawasan di seluruh Kelantan pada malam 21 Oktober,” katanya di Kota Bharu.

Pada pagi Ahad pula Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dijangka menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Kota Darulnaim. – HARAKAHDAILY 19/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Peserta muay Thai mesti tutup aurat

KERAJAAN Kelantan menetapkan lapan garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur dan peserta kejohanan muay Thai yang diadakan di negeri ini. Antaranya peserta mesti menutup aurat, pemakaian azimat tidak dibenarkan dan wanita tidak dilarang berada di atas gelanggang. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, […]

Subscribe US Now