Kelantan sasar 6 juta pelancong tahun ini

webmaster

KELANTAN mensasarkan seramai enam juta orang pelancong mengunjungi negeri itu hingga akhir Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, berkata Januari hingga Julai tahun ini, lebih lima juta orang telah melawat negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kelantan yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini malam tadi.

Katanya, Kelantan pernah mencatat kemasukan pelancong seramai 5.8 juta orang.

“Semoga dengan program yang dibuat oleh kerajaan negeri ini dengan kerjasama beberapa pihak, akan menarik lebih ramai pelancong,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin, Timbalan Konsul General Thailand, Jantarat Ngamchana’ dan lain-lain jemputan.

Program berkenaan berlangsung selama 10 hari bertempat di Perkarangan Stadium dan bermula sejak 28 September lalu.

Ia dianjurkan bersama Pusat Penerangan Pelancongan, Tourism Malaysia dan swasta.

Beliau memberitahu, program itu telah menjadi acara tahunan.

“Tahun ini merupakan kali ketiga ianya dianjurkan. Selain menjual makanan, persembahan kebudayaan turut diadakan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mercu tanda baru di Kelantan

PINTU Gerbang Dataran Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu yang dibangunkan hasil cetusan idea bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya siap dan dirasmikan, malam tadi. Allahyarham yang dikenali Tok Guru pernah menyuarakan idea mewujudkan mercu tanda di kawasan itu pada 2013, namun […]

Subscribe US Now