KELANTAN SASARKAN 1000 USAHAWAN TANI MENJELANG 2022

webmaster

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan mensasarkan untuk melahirkan 1000 orang usahawan tani berjaya menjelang tahun 2022 bagi merealisasikan pelaksanaan Pelan Induk Pembanguan Mampan Kelantan 2019 -2023 yang bakal menjadi rujukan dalam pelaksananan agenda pembangunan negeri secara inklusif melibatkan pihak yang berkepentingan, termasuklah kerajaan negeri, GLC, swasta, para cendekiawan, belia dan rakyat.

Kenyataan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Ustaz Hj Tuan Mohd Saripudin B Tuan Ismail ketika berucap dalam Majlis Taujihat Exco bersama rakan stategik pada 16 Februari 2020 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Menurut beliau, pada tahun 2018, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mencatat 2.6 % dengan nilai sumbangan sektor pertanian berjumlah RM 5.4 bilion. Mencatat prestasi 15 antara negeri tertinggi dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Tambahnya lagi, berdasarkan data tahun 2017, Kelantan adalah negeri kedua teramai pesawah selepas negeri Kedah dengan jumlah 24,087 orang dan mencatatkan purata hasil padi pada tahun 2018 sebanyak 4,710 kg/ha dengan keluasan bertanam 13,280 hektar jumlah pengeluaran sebanyak 46,770 mt.

Manakala 2664 orang penanam sayuran mengeluarkan sayuran sebanyak 123,443 mt dan seramai 12601 orang penanam buah-buahan dengan jumlah keluasan tanaman seluas 22,024 hektar mencatatkan pengeluaran sebanyak 96,786 mt.

“Dalam sektor penternakan, Kelantan mencatatkan jumlah bilangan terbanyak di Malaysia menjalankan teknologi permanian beradas lembu dengan 19,052 suntikan.

“Sektor perikanan Kelantan pula mencatatkan seramai 6842 orang nelayan dengan jumlah pendaratan ikan laut sebanyak 99,414 metrik tan pada tahun 2018 dengan jumlah tangkapan laut dalam sebanyak 41,430 mt dan 57,984 mt bagi laut pantai dan pendaratan ikan air tawar berjumlah 184.84 metrik tan pada tahun 2018”, ujarnya.

Menyorot aktiviti portfolio beliau pada tahun lepas, beberapa pendekatan baharu dalam penganjuran acara dan aktiviti telah diberi penjenamaan semula seperti Karnival Bertani Satu Ibadah dijenamakan menjadi Karnival jajahan Agro Alfalah (JAULAH BSI) dalam membawa proses pengembangan dan penyampaian informasi ke seluruh Kelantan.

Di samping itu, Program Belia Tani Alfalah, Gerakan Pertanian Alfalah Pondok dan Tahfiz, Dapur Hijau, Semarak Organik Alfalah berkemuncak dengan sambutan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) 2019 di Pantai Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

Perancangan seterusnya ialah membincangkan pelan tindakan merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri melaksanakan Strategi Lautan Hijau dengan menganjurkan Bengkel Semakan Dasar Pertanian Kelantan pada 18 dan 19 Februari 2020 di Tanjung Demong manakala Seminar Air Pertanian Kelantan pada 9 dan 10 Mac 2020 akan datang bagi mencari alternatif dan penyelesaian dalam isu sumber air pertanian di Kelantan diikuti Kolokium Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2020 dijadualkan berlangsung pada16 Mac 2020.

“Pada tahun ini, kerajaan akan menumpukan sektor penternakan tenusu dengan membangunkan kembali pusat pengumpulan dan pemprosesan tenusu di Ketereh dengan mewujudkan skim pawah kambing tenusu kepada para penternak yang terpilih.

“Pembangunan pusat kajian pembiakbakaan kambing melalui teknologi permanian beradas di Jeram Pasu manakala zon agro pelancongan akan diteruskan dengan pembangunan ladang ternakan Lembu Naimbif seliaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Kelantan dan jabatan Perkhidmatan Veterinar serta pembangunan Zon Industri Akuakultur di Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan”, katanya.

Melalui perbadanan kemajuan pertanian negeri Kelantan, projek tanaman tebu telur, ternakan udang putih dan lembu Naimbif serta penjenamaan KelAgro dipergiatkan lagi sebagai medan pemasaran produk industri asas tani keluar Kelantan demi mencapai sasaran melahirkan 1000 orang Usahawan tani Kelantan pada tahun 2022.

Turut hadir dalam majlis arahan berkaitan gerak kerja (taujihat) tersebut, Timbalan Pengerusi Jk Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YB Hj Abdul Aziz Abdul Kadir, YABrs Pengarah UPEN, YB Ahli Jawatankuasa Portfolio serta Pengarah-Pengarah Jabatan dan Agensi.- UPKN KELANTAN 18/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2604419049792446

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN BAKAL NOBATKAN ADIWIRA NEGERI

oleh Norzana Razaly Kerajaan Negeri Kelantan terus merancang agenda dasar pembangunan Islam yang menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan bapa yang seharusnya perlu disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan semasa kerana hak dan tanggungjawab antara kerjaya dan keluarga mesti diseimbangkan dengan adil agar keharmonian dan kesejahteraan diri serta keluarga terjamin. Kurangnya […]

Subscribe US Now