KELANTAN SEBAGAI HUB PENDIDIKAN TINGGI ISLAM MENJELANG 2030

webmaster

“Pendidikan pada hari ini dilihat sebagai suatu pelaburan untuk menjana keuntungan. Pendidikan juga adalah suatu alat ataupun menjadi tangga kepuasan duniawi,” antara cabaran universal yang disentuh Dato’ Dr. Mohamed Fadzli dalam ucapan beliau di Persidangan Pendidikan Tinggi Negeri Kelantan 2016.

Justeru Kelantan yang subur dengan pengajian Islam menawarkan solusi dengan meletakkan harapan yang tinggi kepada KIAS sebagai model dan peneraju dunia ‘Pendidikan Tinggi Rabbani’.

Persidangan yang berlangsung 3 hari bermula 4 sehingga 6 Oktober menjemput cendikiawan dan tokoh-tokoh pendidikan dari IPTA dan IPTS seluruh negara.

Di antaranya, Prof Dato’ Wira Dr. Jamil Osman (Mantan Rektor KUIN), Prof Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri (KUIS), Prof Dr. Badlisham Mohd Nasir (UKM), Prof Dr. Ab. Aziz Mohd Zin (KIAS), Dr. Shahbudin Ngah (KUIZM) dan ramai lagi.

Sebanyak 4 kertas kerja dibentangkan dan satu Kertas Gagasan berjudul “Masa Depan Pendidikan Tinggi Kelantan – Satu Sorotan Rabbani” yang disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Johari Mat.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pendidikan tinggi Islam tak tepati nilai sebenar

KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu. “Kita mengakui masih ada kelompangan dari sudut pendidikan tinggi. Oleh itu bagi memperkasakan aspek berkenaan kerajaan negeri menjadikan persidangan pendidikan tinggi Islam sebagai program tahunan,” katanya anggota Exco, Datuk Dr […]
KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu

Subscribe US Now