Kelantan sedia anjur Sukma 2024

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan membuat persediaan untuk menganjur Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024, kata anggota Exco Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Katanya kerajaan negeri akan mengenal pasti jenis-jenis acara sukan yang bersesuaian dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

“Kementerian Belia dan Sukan bersetuju memberi hak penganjuran Sukma kepada Kelantan pada 2024,” katanya pada taklimat Program Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) di sini semalam.

Taklimat disampaikan Pengarah U-Bes Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin.

Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO berkata, makluman mengenai perkara itu diberitahu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman ketika datang ke Kelantan baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 4/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10002-kelantan-sedia-anjur-sukma-2024

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dua wira negara terima pingat

KOTA BHARU – Dua wira negara yang terkorban ketika operasi menyelamatkan mangsa lemas di lombong, Taman Putra Perdana, Puchong tahun lalu, menerima pengurniaan pingat. Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan Pingat Bakti (PB) kepada bekas Pegawai Bomba Kanan, Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 dan bekas […]

Subscribe US Now