Kelantan sedia bantu pusat pulih penagih

webmaster

KERAJAAN negeri sedia membantu kerajaan pusat menangani gejala penagihan dadah melalui program pemulihan secara Islam di Baitul Taubah, Pasir Puteh.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata kerjasama itu sebahagian daripada tiga perkara yang dibincang bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Begitu juga katanya program pemulihan banduan akan dibantu melalui Bahagian Dakwah Halaqat dan guru tahfiz yang berpengalaman.

“Kerajaan negeri sedia membantu Jabatan Penjara Malaysia untuk melakukan pemulihan banduan dengan kemampuan yang ada.

“Secara umumnya kerjasama ini sangat penting kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat dan ummah,” katanya selepas menerima kunjung hormat Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah; anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Ustaz Ahmad juga berkata kerajaan negeri sentiasa membantu pasukan polis bagi mengurangkan kadar jenayah.

Menurutnya, bagi lima bulan pertama tahun ini indeks jenayah di Kelantan menurun kira-kira 13.5 peratus.

Timbalan Perdana Menteri pula berkata, tiga perkara dibincang dengan kerajaan Kelantan iaitu isu keselamatan, masalah penyalahggunaan dadah dan pemulihan banduan.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan memohon kerjasama kerajaan negeri bagi mengatasi ketiga-tiga masalah berkenaan.

“Ertinya kita harus berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk menjalinkan kerjasama dalam tiga isu utama ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

SPR Kelantan terima notis pengosongan Dun Nenggiri

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan hari ini mengesahkan menerima notis pengosongan kerusi Dun Nenggiri daripada Pejabat Speaker Dun Kelantan, selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis. Jurucakap SPR Kelantan berkata, pihaknya akan memaklumkan perkara itu dan menghantar laporan kepada ibu […]

Subscribe US Now