Kelantan sedia disiasat SPRM berkaitan Pasar Siti Hajar

webmaster

KERAJAAN Kelantan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terdapat unsur penyelewengan pembinaan Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk itu.

Malah katanya, sikap berkenaan telah diwarisi sejak dari zaman pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa membuka pintu kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim di sini hari ini ketika diminta mengulas lebih 50 orang peniaga Pasar Siti Hajar membuat adun kepada SPRM semalam.

Aduan itu dibuat mereka berikutan adanya dakwaan kekeliruan dengan kos sebenar pembinaan pasar tersebut.

Menurut Fattah, sekiranya pihak berkenaan telah membuat aduan pada SPRM, kerajaan negeri hanya menunggu siasatan dari pihak berkenaan.

“Tetapi kita yakin dengan pembinaan itu, memandangkan ia dibuat dari awal hingga akhir mengikut prosedur telah ditetapkan,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara itu timbul ada hubung kait dengan mainan politik pihak tertentu.

Jelasnya, sepatutnya politik membantu rakyat untuk mendapatkan perniagaan yang lebih baik ketika bebanan kos sara hidup tinggi.

“Sepatutnya, bersama kerajaan negeri untuk membantu bagaimana nak dapatkan hasil yang lebih baik kepada peniaga,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Fattah yakin masalah yang timbul itu akan dapat diselesaikan secara baik. – HARAKAHDAILY 25/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan bayar rakyat atau rakyat bantu kerajaan?

KUALA LUMPUR : Rakyat harus cerdik dan jangan mudah terpedaya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kerana wang tersebut bukan daripada kerajaan tetapi hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikumpulkan. Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, hasil GST yang dikenakan kepada setiap rakyat dikumpulkan dan […]

Subscribe US Now