Kelantan sedia geran untuk usahawan bengkel motosikal

webmaster

KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat, telah merasmikan Seminar Pengurusan Bengkel Motor.

Seminar anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kelolaan Gerakan Usahawan Kelantan – GU Klate itu dengan kerjasama Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (MERAK) dan Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) diadakan di Kelantan Trade Centre, di sini kelmarin.

Kerajaan negeri melalui GU Klate di bawah portfolio tersebut berusaha membantu usahawan-usahawan sedia ada dan melahirkan usahawan baharu khususnya dalam kalangan anak muda melalui pelbagai inisiatif.

Antara usaha telah dilaksanakan GU Klate ialah membina platform perniagaan dan pemasaran kepada usahawan melalui Siri Jelajah Ekspo GU Klate sebelum ini seluruh Kelantan.

Manakala GU Klate turut menyediakan platform atas talian di bawah kelolaan Bahagian Usahawan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi membuka peluang kepada usahawan yang mahu memasarkan perniagaan dan produk.

Selain daripada platform ini, GU Klate komited mengadakan siri-siri bimbingan dan seminar kepada para usahawan.

Zulkifli pada perasmian itu juga mengumumkan satu program Usahawan Bantu Usahawan (UBU) Kerajaan Negeri dengan kerjasama DUKE dan MERAK.

Melalui UBU, kerajaan negeri menyalurkan sedikit geran kepada peserta yang terdiri daripada pemilik bengkel motor di seluruh jajahan.

Bagi usahawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat semasa dan bersama program seumpama boleh menghubungi Presiden DUKE, Mohd Zaki Zakaria talian 019-986 3003.-HARAKAHDAILY 7/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lapangan terbang di Sungai Bagan

KOTA BHARU: Selain projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, kerajaan negeri pula merancang membina lapangan terbang di Sungai Bagan, Machang. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, kerajaan negeri merezabkan seluas 500 ekar cadangan pembinaan lapangan terbang […]

Subscribe US Now