KELANTAN SEDIA HADAPI LIGA PREMIER TAKRAW

webmaster
Anggota Exco bersalam dengan pasukan yang menyertai Kejohanan Sepaktakraw Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan.

oleh Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Kelantan melakukan persiapan rapi bagi menghadapi Liga Premier Sepak Takraw (STL) Champions Cup yang akan berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor akhir bulan ini.

Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata, pasukan Kelantan Warriors menyasarkan layak pada peringkat separuh akhir pada pertandingan yang akan diadakan pada 22 hingga 28 Disember ini.

Katanya, sasaran Kelantan pada STL Champions Cup layak ke separuh akhir memandangkan ada penyertaan dari pasukan luar negara termasuk Korea.

“Walaubagaimanapun kita optimis kita boleh sampai tahap itu dengan kemasukan dua tenaga baru dalam pasukan Kelantan Warriors iaitu Wutthikai Rattanasut dan tekong terbaik musim ini, Ahmad Aizat Nor Azmi,” katanya selepas perasmian penutup Kejohanan Sepaktakraw Piala Timbalan Menteri Besar di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) petang semalam.

Kejohanan itu disertai 15 pasukan. Juara milik pasukan Chetok A selepas menewaskan Kuala Krai C dengan agregat 2-1, manakala tempat ketiga pula disandang pasukan Pasir Mas.

Turut hadir hadir Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Pengurus Pasukan Kelantan Warriors, Ahmad Shazwan Muhammad Hassan.– HARAKAHDAILY 9/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/09/kelantan-sedia-hadapi-liga-premier-takraw/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

TEKNOLOGI PEMBINAAN, IBS DAN 3D UNTUK PROJEK RUMAH MAMPU MILIK

1. BERDASARKAN Laporan Harta Tanah Separuh Pertama 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tanah, jumlah rumah kediaman yang diklasifikasikan sebagai ‘overhang’ paling tinggi adalah dalam lingkungan harga antara RM200,000 hingga RM400,000. Jumlah keseluruhan rumah bagi kategori tersebut telah mencecah 13,000 unit (39.8%). Belum ada faktor yang pasti […]

Subscribe US Now