Kelantan sedia prasarana sejahtera untuk Islam

webmaster

KERAJAAN negeri kini sedang menyediakan prasarana untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri yang sejahtera untuk Islam.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata usaha itu dilakukan selaras dengan mandat diberi rakyat sejak 1990.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memperkasakan institusi agama selaras dengan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran.

“Pentadbiran kerajaan di Kelantan meletakkan al-Quran dan Sunnah di tempat tertinggi. Kerja-kerja menjulang agama dilakukan secara berterusan, tanpa henti,” katanya pada ceramah Badar al Kubra di padang bola Selising, Pasir Puteh malam tadi.

Program itu bermula dengan tadarus al Quran yang diketuai Senator Datuk Dr Johari Mat.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya’kub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan; Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan; setiausaha, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan ketua penerangan, Datuk Nassuruddin Daud. – HARAKAHDAILY 13/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan hub seni khat Islam

KELANTAN bakal muncul sebagai hub seni khat yang merupakan khazanah tertua umat Islam di dunia. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, pihaknya bercadang memilih 100 peminat khat mengikuti bengkel seni tersebut. Katanya bengkel yang akan diadakan itu bakal mengumpul penggemar tulisan khat […]

Subscribe US Now