Kelantan sedia realisasi pendaratan minyak

webmaster

BACHOK: Kerajaan negeri pernah melakukan persediaan bagi memastikan minyak mentah dapat disalurkan ke pantai Kelantan sejauh 150 kilometer melalui paip dasar laut.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob baru-baru ini dilaporkan mengumumkan komitmen kerajaan negeri bagi memastikan pendaratan minyak dapat direalisasikan.

Usaha itu diterjemahkan apabila kerajaan negeri sejak 1990-an menyediakan kawasan seluas 2,000 ekar di Pantai Senok, Bachok dekat sini dalam Dun Tawang sebagai pusat pendaratan minyak dan gas.

Malah bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga turut menyediakan satu kawasan untuk menempatkan semula penduduk yang terlibat dengan projek tersebut.

“Kerajaan negeri ketika itu sudah melakukan perancangan serta pelan serba serbi bagi memastikan projek pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok ini dapat dilaksanakan.

“Saya sudah tengok perancangan ini dalam sebuah dokumen di Pejabat Tanah dan Pengawa, termasuk perancangan untuk pengambilan tanah,” kata Penghulu Kampung Senok, Yusoff Mohamood, 66.

Beliau antara individu yang dapat melihat sendiri hasrat kerajaan negeri ditadbir PAS, bersungguh untuk memajukan kawasan terbabit selepas telaga minyak ditemui. – HARAKAHDAILY 18/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8164-kelantan-sedia-realisasi-pendaratan-minyak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bina badan patuh syariah 13 Okt

KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan pertandingan bina badan patuh syariah pada 13 Oktober depan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, ‘Cabaran Mr Awang Selamat 2018’ yang diadakan buat kali ketiga itu menerima lebih […]

Subscribe US Now