Kelantan Sejahtera Untuk Islam: Peranan Penjawat Awam

Bersempena tahun baru 2017, Kerajaan Kelantan menggariskan enam strategi bagi menjayakan tema ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam: Peranan Penjawat Awam’

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, semua pihak perlu bekerjasama bagi menjayakan setiap agenda kerajaan negeri.

Beliau turut mendedahkan, menerusi pengembangan ekonomi rakyat, kepesatan pembangunan di Kelantan telah mendorong pengurangan kadar kemiskinan di negeri itu.

Katanya, dalam tempoh antara tahun 1999 hingga 2012, seramai 34,440 orang telah berjaya dikeluarkan daripada paras kemiskinan, manakala 11,480 orang berjaya dikeluarkan daripada paras kemiskinan tegar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya sempena majlis amanat khas tahun baharu 2017 dan perhimpunan penjawat awam negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota exco kerajaan negeri, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Hadir sama, ketua-ketua jajahan, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Sementara itu, Ahmad turut menyampaikan anugerah pencapaian pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti bagi tahun 2015.Anugerah itu diberikan kepada 13 jabatan dan agensi yang telah mencapai markah antara 91% sehinnga 100%. Pihak kerajaan negeri telah bersetuju memberi insentif berjumlah tiga ribu ringgit kepada setiap agensi yang berjaya mencapai lima bintang dalam pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti pada tahun 2015.

Kredit Video RTV Kelantan

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment