Kelantan serap GST, elak beban rakyat – TMB

tmbazmin

KOTA BAHRU – Langkah kerajaan Kelantan untuk menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) yang dilancarkan oleh kerajaan Pusat april lalu menggambarkan keperihatinan kerajaan selaras dengan dasar berkebajikan yang diamalkan.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Mohd Amar Nik Abdullah ia membabitkan bayaran, sewaan dan pajakan kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT).

Mohd Amar berkata inisiatif tersebut berkuatkuasa serta merta bagi meringankan beban rakyat.

“ Kita akan menanggung tidak kurang daripada RM2.4 juta setahun dari pengecualian GST ini” ujar beliau di sidang media selepas mesyuarat Exco negeri semalam. – tmn

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment