Kelantan singkat tempoh pemohonan pelabur

webmaster

PASIR MAS: Kerajaan negeri berusaha mempercepatkan permohonan kemasukan pelabur yang kini semakin mendapat sambutan.

Hanifa Ahmad menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, sektor tersebut sedang berkembang di Kelantan.

“Kita telah berunding dengan beberapa pelabur, cuma kita hendak mempercepatkan permohonan mereka supaya tidak sampai dua tiga tahun.

“Pelaburan yang berminat walaupun kecil atau besar, kita mahu ia diluluskan segera kerana boleh memberi keuntungan kepada kedua-dua phak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Dun Pengkalan Pasir di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Taman Mekasar di sini semalam.

Hadir sama anggota Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari; Adun Chetok Zuraidin Abdullah dan Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar.

Kira-kira 3,000 pengunjung hadir walaupun diadakan di lokasi agak jauh dari bandar. Sebelum ini diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 10/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11429-kelantan-singkat-tempoh-pemohonan-pelabur

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Isu Orang Asli cuba disensasi media

GUA MUSANG: Terdapat banyak kekeliruan berkaitan jumlah Orang Asli kaum Bateq yang dikatakan meninggal dunia akibat pencemaran sungai di Kuala Koh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty, yang dilapor melawat kawasan berkenaan melalui pembantunya mengesahkan 13 kematian berlaku pada bulan lepas. Kenyataan serupa dikeluarkan beberapa NGO termasuk Peka Malaysia. Bagaimanapun […]

Subscribe US Now