Kelantan sokong kempen pemakaian hijab

KOTA BHARU: Wanita Kelantan menyambut baik kempen dilakukan wanita New Zealand yang menggalakkan pemakaian hijab pada hari Jumaat bagi menyatakan sokongan kepada komuniti Muslim di negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, slogan #headscarfforharmony akan berlangsung pada Jumaat ini.

Menurut beliau, usaha tersebut merupakan solidariti bagi memberi gambaran semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa simpati terhadap mangsa tembakan baru-baru ini.

“Kita juga mencadangkan pada Jumaat ini semua wanita di Kelantan sama ada Islam atau bukan Islam turut serta memakai tudung, bagi orang Islam kita meminta untuk pakai tudung berwarna putih.

“Ini menunjukkan kita bersama mangsa yang meninggal dunia serta keluarga mereka sebagai peristiwa besar kepada perjuangan hijab di seluruh dunia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ekoran tragedi pembunuhan di dua masjid di Christchurch New Zealand Jumaat lepas muncul facebook Scarves in Solidarity yang mengajak semangat kebersamaan sebagai simpati terhadap mangsa.

Idea itu dicetus Dr Thaya Ashman yang berpengalaman mendekati masyarakat Islam dalam misi sukarelawan di Afghanistan. – HARAKAHDAILY 20/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10299-kelantan-sokong-kempen-pemakaian-hijab

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment