Kelantan sokong larangan merokok di restoran

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyokong hasrat Kementerian Kesihatan untuk menguatkuasakan larangan merokok di restoran dan premis makanan di negara ini bermula Januari hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahanan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, semua maklum mengenai bahaya rokok kepada kesihatan manusia.

Menurutnya, agama pun melarang sebarang perbuatan yang boleh merosakkan tubuh badan serta menjejaskan kesihatan orang yang berada di sekeliling perokok.

“Pada dasarnya kita bersetuju dengan kementerian. Lagi pun di Kelantan sudah ada usaha melarang merokok di kawasan tertentu seperti kempen Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (Ikbar).

“Apabila kementerian membuat keputusan larangan merokok di premis makanan dan restoran, itu sebenarnya sudah bagus dan kita akan ikut langkah itu,” katanya selepas perasmian jentera baharu kebersihan di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) di sini hari ini.

Turut hadir Adun Salor, Saiful Adli Abu Bakar; Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusoff; Yang Dipertua MDKPI, Dato’ Tengku Azmi Tengku Jaafar dan Ketua Whip MDKPI, Mohd Asri Yunus. – HARAKAHDAILY 15/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8734-kelantan-sokong-larangan-merokok-di-restoran

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kilang masih buang sisa dalam sungai

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembuangan bahan buangan ke dalam sungai oleh pihak kilang yang tidak bertanggungjawab masih diteruskan walaupun telah diberi amaran oleh pihak yang bertanggungjawab. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan pihak Kementerian bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap kilang yang membuang bahan buangan seperti menggantungkan […]

Subscribe US Now