Kelantan Subur Dengan Sistem Pendidikan Agama

webmaster

 

Kota Bharu – Negeri Kelantan terkenal sebagai bumi yang subur dengan sistem pendidikan agama yang semakin berkembang maju sekarang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Pelancaran Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan di Dewan Teratai semalam.

“Di Kelantan banyak terdapat pondok-pondok pengajian agama tradisional dan pusat-pusat pengajian tahfiz al-Quran yang menjadil model bagi negeri-negeri lain yang sekarang sedang tersebar luas ke seluruh negara.

Kelantan adalah negeri yang mencetuskan idea sistem pengajian pusat tahfiz al-Quran yang sekarang menjadi contoh di negeri-negeri lain di dalam negara ini,”katanya.

Menurutnya, dengan sistem yang kita laksanakan selama ini telah berjaya melahirkan insan yang cemerlang dalam kerjaya dan pendidikan agama.

“Negeri Kelantan yang terkenal dengan sistem pendidikan agama sentiasa mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar luar untuk datang menuntut ilmu di sini sehingga melebihi tempat yang ditawarkan,” tambahnya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Worshop SEO bantu usahawan luaskan perniagaan

KOTA BHARU: Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan menerusi Gerakan Usahawan Kelantan (GU Kelate) telah menganjurkan Workshop SEO Google. Seminar sehari penuh tersebut dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dilangsungkan di Makmal Komputer, PKINK, di sini kelmarin. Bengkel di bawah kelolaan Dewan Usahawan Kelantan […]

Subscribe US Now