Kelantan sumbang RM49,600 pelajar ke Timur Tengah

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membelanjakan sejumlah RM49,600 untuk diberikan kepada 248 orang pelayar Yik yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, sebagai cenderahati kerajaan negeri di atas kejayaan mereka.

Majlis yang turut dihadiri ibu bapa kepada pelajar berkenaan telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini semalam.

Berucap pada majlis itu, Ahmad mengingatkan pelajar supaya mencari ilmu sebanyak mungkin khususnya berkaitan Bahasa Arab.

Menurutnya, rujukan perlu diperbanyakkan tidak hanya tertumpu pada kelas semata-mata.

Katanya, Bahasa Arab amat penting untuk berkomunikasi selain Bahasa Inggeris. –HARAKAHDAILY 8/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment