Kelantan sumbang RM49,600 pelajar ke Timur Tengah

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membelanjakan sejumlah RM49,600 untuk diberikan kepada 248 orang pelayar Yik yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, sebagai cenderahati kerajaan negeri di atas kejayaan mereka.

Majlis yang turut dihadiri ibu bapa kepada pelajar berkenaan telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini semalam.

Berucap pada majlis itu, Ahmad mengingatkan pelajar supaya mencari ilmu sebanyak mungkin khususnya berkaitan Bahasa Arab.

Menurutnya, rujukan perlu diperbanyakkan tidak hanya tertumpu pada kelas semata-mata.

Katanya, Bahasa Arab amat penting untuk berkomunikasi selain Bahasa Inggeris. –HARAKAHDAILY 8/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB bantu krisis air di Selangor

KOTA BHARU : Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) atas semangat setiakawan dengan operator air di Selangor, telah turut sama membantu sebaik mungkin bagi atasi krisis air di Selangor yang dihadapi masa kini. Dengan kakitangan seramai 10 orang yang juga merupakan Anggota Rejimen Pakar Pengendalian Air ke 60 (AW) untuk Skuadron […]

Subscribe US Now