Kelantan tak halang wanita mengacara majlis di negeri ini. Tapi..

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak menghalang mana-mana wanita untuk menjadi pengacara majlis di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun mereka perlu patuh kepada beberapa peraturan ditetapkan, yang mana majlis tersebut bukanlah program bersifat hiburan dan nyanyian.

“Peraturan kita ialah melibatkan nyanyian dan hiburan. Itu memang tidak boleh. Jadi pengacara biasa, banyak kita buat. Program pula mesti spesifik, contohnya pameran. Ia tidak menjadi halangan.

“Program kita pun ada juga wanita jadi juruacara, ceramah pun tiada masalah. Aurat (yang dimaksudkan) ini melibatkan hiburan. Bila menyanyi, dia nak lembutkan suara, nak tarik perhatian. Kalu kita nak ceramah, suara kita keras, itu bezanya. Tilawah boleh,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian mengulas isu seorang pengacara perempuan dikatakan tidak dibenarkan meneruskan tugasnya kerana didakwa atas sebab larangan sebuah majlis perbandaran di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, difahamkan penganjur tersebut mungkin tersilap faham undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Bukan Majlis Perbandaran Kota-Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang larang. Sebab kuat kuasa itu lebih kepada nyanyian dan persembahan hiburan. Tapi kalau pengacara biasa, tiada masalah.

“Saya difahamkan oleh MPKB bahawa wujud silap faham. Pihak penganjur ingatkan dalam semua bentuk pun wanita ini tidak boleh bercakap. Jadi dia yang melarang juruacara itu, bukan MPKB. Dia (penganjur) sendiri sebab dia salah tafsir peraturan MPKB,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amar hadir di Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2018 di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini.

– sinar harian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
509Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment