Kelantan tangani bebanan kewangan Kafa

webmaster

KOTA BHARU: Biar pun tidak terbabit secara langsung dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) namun kerajaan negeri tetap membantu membangunkan sukan bola sepak.

Ini dibuktikan apabila kerajaan negeri bersedia melupuskan hutang cukai hiburan 2015 berjumlah RM517,974 yang ditanggung Kafa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sebagai tanda sokongan kepada pembangunan bolasepak kerajaan negeri bersetuju menghapus hutang cukai tersebut bagi perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

“Sebelum ini Menteri Besar yang juga pengerusi Perbadanaan Stadium memberi diskaun sebanyak 25 peratus daripada kutipan levi yang berjumlah lebih RM500,000.

“Manakala lebihan daripada itu iaitu kira-kira RM300,000 lagi kerajaan negeri bersetuju Kafa membayar dalam bentuk pembangunan stadium termasuk membina trek,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri mengambil langkah itu setelah mendapat maklum kekangan kewangan yang dihadapi Kafa.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan pembangunan sukan bola sepak di negeri ini,” katanya. –HARAKAHDAILY 23/12/2015

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN REALISASI PENUBUHAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI

1) YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan pada hari ini 16 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 28 Disember 2015M telah merasmikan Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan. Sebelum ini, Pendakwaan Syariah adalah terletak di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK). 2) Pengasingan ini adalah bertujuan untuk menjamin kewibawaan, […]

Subscribe US Now