Kelantan tarik pelaburan RM2.4 bilion

webmaster

KOTA BHARU: Sehingga Oktober tahun ini Kelantan berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.4 bilion, kata anggota Exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, pelaburan tersebut termasuk projek penanaman sayur di Gua Musang melibatkan kos RM40 juta, projek hidro elektrik di Gua Musang (RM106 juta), projek hidro di Kuala Krai (RM70 juta).

Selain itu projek pembangunan bandar di kawasan lebih 100 ekar di Mukim Panchor, Panchor melibatkan pelaburan RM1.74 bilion.

Manakala misi pelaburan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jepun tahun lepas juga mempunyai perkembangan positif apabila ada pelabur dari negara terbabit datang meninjau peluang pelaburan di Kelantan.

Katanya, misi pelaburan terbabit diketuai Pemangka Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Ibni Sultan Ismail Petra.

“Syarikat dari negara terbabit datang meninjau potensi pelaburan di Kelantan. Dua syarikat berminat projek penanaman bunga iklim sejuk di Tanah Tinggi Lojing.

“Ada juga syarikat berminat untuk mengusahakan tanaman cendawan putih di Pasir Mas,” katanya ketika menjawab soalan Adenan Hasan (PAS-Kelaboran) pada persidangan Dun hari ini.

Menjawab soalan tambahan Mohd Shahbuddin Hashim (BN-Galas) katanya kerajaan negeri merangka pelbagai insentif bagi menarik pelabur ke Kelantan. – HARAKAHDAILY 29/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8551-kelantan-tarik-pelaburan-rm2-4-bilion

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Operasi cegah maksiat tetap diteruskan

KOTA BHARU: Penguatkuasa agama di Kelantan tetap meneruskan tanggungjawab menangani kegiatan tidak bermoral dengan mengadakan pemeriksaan secara tidak berkala. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Dato’ Mohd Nassurudin Daud berkata, pemeriksaan itu dilakukan sama ada terdapat laporan atau tidak berkaitan kegiatan tersebut. “Kita tidak akan biarkan kegiatan […]

Subscribe US Now