Kelantan-Terengganu jalin kerjasama pertanian

YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin, Selaku Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan melakukan kunjung hormat kepada YB Dr Azman Ibrahim, Exco Pertanian, Industri Asas Tani & Pembangunan Desa Negeri Terengganu.

Pertemuan dua Exco tersebut semalam di Wisma Darul Iman amat positif dan memberansangkan. Kedua-dua negeri mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh dikongsi bersama khususnya dalam industri pertanian dan penternakan.

Pastinya terdapat ruang dan peluang yang boleh diterokai bersama antara dua kerajaan ini demi faedah dan manfaat rakyat di Terengganu dan Kelantan.

Perkongsian pengalaman dan kepakaran akan digunakan sebaik mungkin dalam membangunkan beberapa bidang fokus utama bagi merancakkan lagi industri pertanian dan penternakan di kedua-dua negeri.

Sebagaimana yang dipersetujui, InsyaAllah akan menyusul pembentukan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji pelan bertindak yang lebih efektif dan berkesan.

Lawatan ini turut disertai kumpulan pengurusan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan – PKINK, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB).- FB USTAZ HJ TUAN MOHD SARIPUDIN TUAN ISMAIL

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment