KELANTAN TERIMA ‘ONE OFF’ RM400 JUTA

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan menerima pembayaran ‘one off’ sebanyak RM400 juta daripada kerajaaan Persekutuan bagi tahun 2019.

Peruntukan itu bagi meningkatkan sosio ekonomi serta kesejahteraan rakyat serta mengukuhkan fiskal ekonomi negeri.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, bayaran itu dinamakan sebagai ‘one off’ daripada Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak boleh nak kata ia sebagai royalti petroleum tetapi mungkin itu yang diberikan oleh Tun untuk ‘one off’ tahun lepas.

“Kita menerima surat makluman berupa surat daripada Tun sendiri pada 17 Disember lepas. Dan kita terima ‘one off’ terbabit selepas 25 Disember. Jadi kita ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tun,” katanya selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2020 serta Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Mampan Kelantan 2019-2023 di Dewan Jamuan Utama SUK hari ini.

Turut hadir dan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan penjawat awam dari seluruh Kelantan.

Menteri Besar turut mengumumkan pembayaran bonus RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada lantikan politik termasuk penghulu dan Dakwah Halaqat bermula minggu depan. – HARAKAHDAILY 2/1/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/02/kelantan-terima-one-off-rm400-juta/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sekitar Majlis Sambutan Visit Malaysia dan Visit Kelantan Year 2020 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB. Mejar (B) Dato’ Hj. Md Anizam Bin Ab Rahman turut menyertai acara sambutan yang diadakan di Lapangan Terbang Sultan ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Antara aktivti-aktiviti diadakan petang tadi; – Pemberian ‘Kain Semutar’ dan Pemberian Goodies Tahun Melawat Malaysia […]

Subscribe US Now