KELANTAN TETAP SOKONG DR ZAKIR NAIK

webmaster
Menteri Besar berucap pada perasmian Masjid Umair, Pangkal Manak Tanah Merah.

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL

TANAH MERAH: Kelantan menyatakan pendirian menyokong ceramah pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ketika pelbagai pihak termasuk beberapa negeri menolak kehadirannya.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, penganjuran ‘Dr Zakir Naik The Kelantan Tour’ baru-baru ini membuktikan keterbukaan kerajaan negeri.

“Baru-baru ini kita anjur ceramah beliau di Stadium Sultan Muhammad IV yang dihadiri ratusan ribu rakyat Kelantan, cukup dengan itu sahaja sokongan kita terhadap Dr Zakir Naik.

“Ia sudah cukup untuk memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kita menyokong serta usaha dakwah yang dijalankannya,” katanya selepas merasmikan Masjid Umair al Jabri di Desa Taqwa Kampung Pangkal Manak di sini semalam.

Hadir sama Adun Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood; Ketua Pegawai Eksekutif Bank al Jazirah Muhamed Amir al Jabri dan wakil ketua jajahan Tanah Merah Dr Hasnan Ramli.

Masjid yang mengandungi dewan solat, dewan terbuka dan homestay itu bernilai RM350,000. Ia dibina dalam tempoh empat bulan 15 hari selepas dimulakan pada April lalu.

Ia merupakan bantuan kewangan dari keluarga Amir al Jabri dari Qatar melalui perantaraan Bank Rakyat Malaysia Berhad serta penduduk sekitar yang menjayakan pembinaan masjid itu. – HARAKAHDAILY 21/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12616-kelantan-tetap-sokong-dr-zakir-naik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

SEMARAKKAN KENEGARAAN

SUKAN merupakan alat perpaduan terbaik untuk rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur bahkan kaum dan agama. Terbukti semangat kesukanan telah mempertaut eratkan masyarakat yang berbeza latar belakang di negara ini. Sewajarnya, kerajaan selaku pemerintah menjadikan sukan sebagai wadah yang diperluaskan untuk tujuan tersebut. Malangnya, sukan di negara ini masih eksklusif dan […]

Subscribe US Now