Kelantan tetap tuntut royalti petroleum

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan tetap akan meneruskan tuntutan royalti petroleum sebagaimana termaktub dalam perjanjian pada 9 Mei 1975, biar pun disalur wang ihsan.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata royalti adalah perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas berupa bayaran wang tunai hasil petroleum yang dicari gali di perairan negeri tersebut.

“Sedangkan wang ihsan ini lain, ia seumpama mangkuk berasingan,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini semalam.

Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menandatangani perjanjian berkaitan pelaksanaan agihan wang ihsan.

Menteri Besar bagaimanapun menyambut baik perjanjian itu bagi membolehkan Maik dan Jabatan Pembangunan Persekutuan mengagih wang ihsan di Kelantan.

“Amat sesuai disalur melalui Maik kerana agensi berkenaan mempunyai program membantu penduduk miskin yang memerlukan bantuan.

“Maik sering menyalurkan sumbangan membantu penduduk miskin, pelajar sekolah, membaiki rumah, membantu armalah dan anak yatim,” ujarnya.

Ditanya kenapa wang ihsan tidak disalur terus kepada kerajaan negeri, beliau berkata perkara itu telah dipersetujui sejak zaman Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. – HARAKHDAILY 17/3/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan Negeri Kelantan sambut baik penubuhan DPTN

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik tindakan kerajaan pusat dalam merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini. Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelbagai faktor dilihat memberi kesan positif kepada penubuhan DPTN tersebut, […]
KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu

Subscribe US Now