Kelantan tetap utama syariat Islam

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan yang dipimpin ulama dan profesional berusaha memacu pentadbiran negeri selaras dengan kehendak syariat.

Menteri Besaar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, langkah diambil kerajaan Kelantan agak berbeza dengan negeri-negeri lain.

Katanya, sebahagian besar kerajaan yang ada sekarang menolak pemerintahan secara Islam.

“Tetapi kita di Kelantan tetap berusaha merealisasikan hasrat tersebut.

“Kita memilih laluan yang dilalui pejuang-pejuang Islam biar pun susah dan senang tetap diusahakan ketika sebahagian besar dunia menolak Islam,” katanya pada ceramah sempena Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana malam tadi.

Menurutnya juga usaha untuk memperkasakan Islam dilakukan bermula di bidang pendidikan.

“Kita menggunakan wang yang disatukan untuk anak-anak kita yang belajar di sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“Selain itu, kita juga menggunakan wang bagi melaksanakan program kebajikan seperti skim beras al Itam, az Ziwaaj, Takaful Kifaalah dan sebagainya,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 17/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Air keruh sambut Le Tour tiada kaitan AKSB

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan pancutan semasa acara ketibaan peserta Le Tour de Langkawi 2018 Isnin lepas tiada kaitan dengan agensi itu. Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata, pada awalnya air yang dipancut jernih, kemudian bertukar keruh selepas itu. Katanya, penyelenggaraan pili bomba […]
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berhadapan dengan kes bil tertunggak sebanyak RM22 juta

Subscribe US Now