Kelantan tidak benar premis syisya

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan premis yang mengendalikan perniagaan syisya bagi mengekang penularan gejala sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pada mesyuarat Exco sebelum ini kerajaan negeri membuat keputusan tidak membenarkan perniagaan syisya beroperasi. (Foto atas: Angkat sumpah YDP Majlis Daerah Gua Musang, Mohamed Nor Husin.)

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kelantan tidak mengeluarkan lesen bagi perniagaan tersebut sejak dahulu lagi.

Oleh itu katanya operasi secara berterusan dilakukan pengkuatkuasa PBT bagi memastikan tidak ada premis perniagaan syisya beroperasi di negeri tersebut.

“Berdasar pemantauan sebelum ini didapati premis syisya membiarkan percampuran bebas lelaki dan perempuan.

“Selain itu perniagaan tersebut beroperasi sehingga larut malam. Situasi itu mengundang penularan gejala sosial sekiranya tidak dibendung dari awal,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 2/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8281-kelantan-tidak-benar-premis-syisya

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Takziah kepada keluarga 6 wira negara

Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga 6 wira negara kita yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Cyberjaya semalam. Sangat besar jasa dan pengorbanan anggota bomba dalam melaksanakan operasi menyelamat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka. إنّا لله وإنّا إليه راجعون. YAB USTAZ […]

Subscribe US Now