Kelantan tidak diberi taklimat TPPA

webmaster

KOTA BHARU: Biarpun Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lepas namun kerajaan Kelantan tidak pernah diberi taklimat berkaitan perjanjian tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kerajaan negeri pernah meminta agensi berkaitan menyampaikan taklimat mengenai TPPA, namun tidak menjadi kenyataan.

“Pembentangan mengenai TPPA tidak dibuat kepada Kerajaan Kelantan bagi membolehkan kita melihat dari dekat perjanjian perdagangan tersebut.

“Kita minta supaya agensi berkaitan di bawah kerajaan pusat mengadakan taklimat khas namun ia tidak berlaku,” katanya di sini.

Kerajaan BN tetap menandatangai TPPA biarpun ditentang secara meluas pelbagai pihak termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, pembangkang dan NGO.

TPPA ditandatangani wakil Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Auckland pada 4 Februari lepas.

Malaysia menyertai 11 lagi negara lain menandatangani TPPA, sebuah pakatan perdagangan dengan harapan dapat meluaskan pasaran dan mengurang tarif.

Ekoran penyisihan itu kerajaan Kelantan menganjur sendiri taklimat TPPA dengan mengundang tokoh akademik dan NGO tanpa kehadiran wakil kerajaan pusat. – HARAKAHDAILY 22/2/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mengharmonikan media baru dengan lebih matang

HULU LANGAT: Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Penerangan PAS Pusat sedang mengusahakan satu unit baru untuk radio dan tv PAS sebagai satu  gerak kerja bersama dalam merealisasikan kombinasi peranan IT dan penerangan. Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong berkata, semua penggerak radio dan tv yang hadir  perlu segera […]

Subscribe US Now