Kelantan tidak naik tarif air

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak berhasrat menaikkan kadar tarif air dalam masa terdekat biar pun ada negeri lain bersedia meningkat tarifnya.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan pada mana-mana mesyuarat Exco setakat ini.

“Kadar tarif air masih kekal yang asal dan setakat ini kita tidak bincang untuk menaikkan kadar tarifnya,” ujar beliau kepada media selepas mesyurat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Hari ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar dilapor berkata, enam negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air, selaras usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Menurutnya persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan sekarang. – HARAKAHDAILY 10/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10583-kelantan-tidak-naik-tarif-air

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Peneroka Felda rampas ladang tidak tepat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan sistem pemberian tapak rumah kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Menurutnya, cadangan itu bagi menampung kekurangan rumah Felda yang disediakan oleh kerajaan dan bagi anak-anak generasi Felda yang tidak mampu membeli rumah. Sementara itu, beliau memperbetulkan […]

Subscribe US Now